• banner-rasmi.png
  • WARGA-SMKAY.png
  • xtvt-pljr-smkay.png

Aluan Pengetua

Maznah

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Selamat datang ke Portal Rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan Kedah. Portal ini merupakan wadah serta wahana dalam proses melestarikan sekolah sebagai Pusat Kecemerlangan Ilmu . Kecemerlangan yang berteraskan keseimbangan pembangunan minda dalam meladeni cabaran dunia pendidikan tanpa sempadan. Cabaran global yang mendambakan warga pendidik yang berwawasan dan dinamik serta mampu mencernakan aspirasi kecemerlangan pendidikan. Oleh itu adalah diharapkan kehadiran portal ini dapat membantu merapatkan jurang antara guru dengan murid, murid dengan murid serta komuniti dengan lebih berkesan . Selain itu adalah diharapkan portal ini dapat menjadi saluran penyebaran maklumat dan penyampaian ilmu .

Kesepaduan akal, budi dan ilmu yang menjadi teras pembangunan portal ini merupakan landasan ke puncak kecemerlangan SMKA Yan. Justeru saya berharap agar warga SMKA Yan dapat memanfaatkan kehadiran portal ini secara bijaksana serta sentiasa bersama membangunkannya sejajar dengan keperluan pengisian ilmu secara interaktif . Selain itu adalah juga diharapkan agar portal ini dapat dijadikan sebagai pemangkin medan inovasi dalam usaha kita meningkatkan kualiti pendidikan .

 

Penakik pisau raut

Galah batang lintabung

Seludang dijadikan nyiru

Setitik jadikan laut

Sekepal jadikan gunung

Gerbang interaktif maya jadikan guru

 

Akhir kata, salam satu Malaysia, dengan gagasan 1 sekolah,  murid didahulukan pencapaian diutamakan. Portal interaktif SMKA Yan Taman Tarbiah interaktif maya.

 

PN MAZNAH BINTI WADIN

PENGETUA SMKA YAN KEDAH

 

 

Assalamualaikum, Selamat Datang!

aktiviti smkay

Kini web rasmi SMK Agama Yan, Kedah dilancarkan dengan wajah baru.

Selamat melayari web kami!

Carian Maklumat

Capaian Pantas

  • 1

Tazkirah Hari Ini

Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

Hubungi Kami.

04-4657366(Sekolah)
04-4659253(Faks)
04-4658960(Asrama)
 

SMK Agama Yan
06900 Yan
Kedah Darul Aman.
 
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

 
 

Muat Turun.

MUAT TURUN

Galeri Gambar.

album