Piagam Perkhidmatan SMKA Yan

Kami warga SMKAY dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan mengamalkan perkara-perkara berikut dalam menunaikan tanggungjawab:

  • Bekerja sebagai satu ibadah.
  • Bekerja secara muafakat demi mencapai hasil yang cemerlang.
  • Membantu para pelajar membentuk sahsiah mulia, berfikiran matang, bersikap terbuka, berdaya saing dan berketrampilan menjurus ke arah pengisian matlamat wawasan yang suci.
  • Membimbing pelajar ke arah kecemarlangan akademik, kokurikulum dan keperibadian muslim sejati.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang bersih, harmoni dan penuh kasih sayang di kalangan seluruh warga sekolah.
  • Bersedia menerima dan melayani pelanggan serta pelawat yang berurusan dengan pihak sekolah.